Monday, February 8, 2010

Kisah MB Perak

Mahkamah Tinggi sebentar tadi telah mengumumkan keputusan mereka siapakah menteri besar (MB) Perak yang sah. Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir telah kekal sebagai MB Perak yang sah dan keputusan ini dibuat sebulat suara oleh lima panel hakim yang mendengar kes ini. Ura-ura daripada sumber Pakatan Rakyat yang menyatakan Nizar akan kembali dilantik sebagai MB adalah spekulasi atau mainan psycologi oleh pihak Pakatan semata mata.

Disebalik keputusan Mahkamah Tinggi ini, rakyat masih juga tidak berpuas hati kerana tiga org calon bebas yang telah berpihak kepada BN sehingga menggulingkan pemerintahan Pakatan diundi oleh ribuan rakyat di tempat mereka dengan menggunakan logo dan bendera daripada PKR dan DAP. Sehingga membuatkan mereka menjadi YB seperti sekarang. Adakah mereka masih lagi mendapat tempat dihati rakyat untuk pilihanraya akan datang dengan menjadi calon bebas ataupun BN kelak??

Sebenarnya, mereka bertiga haruslah meletak jawatan sebagai ADUN dan kembali bertanding jika benar-benar mereka mendapat sokongan rakyat, seperti mana kata BN sehingga dapat menggulingkan pemerintahan Pakatan. Ini bukankah lebih adil dan tulus? Semuanya terletak pada budi bicara KDYMM Sultan Perak. Namun keadaan ketika ini tidak menampakkan pilihanraya di ketiga kawasan YB bebas itu. Kuasa mahkamah telah bersuara dan keputusannya berpihak kepada Dr Zambry. Sekalung tahniah kepada BN kerana usaha mereka merampas pemerintahan Perak berhasil. Kepada rakyat Perak, terimalah keputusan ini dengan penuh kegembiraan, kesabaran dan hikmah. Apa yang pasti, kuasa rakyat akan kembali bersuara pada PRU akan datang walaupun 3 tahun akan datang ini, kerajaan BN akan menjadikan Perak sebagai anak emas.

Gunakanlah kesempatan yang diberikan nanti dengan sebaik mungkin. Cuma, janganlah termakan budi. Sekalung tahniah sekali lagi kepada Dr Zambry. MB Perak.

No comments:

Post a Comment