Wednesday, January 27, 2010

Kepala Babi di Masjid

Negara digemparkan lagi dengan isu sensitiviti beragama. Semalam, dua lagi masjid iaitu Masjid Jumhuriyah, Taman Datuk Harun di Petaling Jaya dan Masjid Al-Imam Al-Tirmizi, Taman Seri Sentosa, Jalan Klang Lama menjadi sasaran. Kali ini, satu bungkusan plastik berisi kepala babi dan ditaburi wang kertas, sekeping wang RM1, RM5 dan RM10. Kesemunya bernilai kira-kira RM35 dijumpai di perkarangan masjid.

Insiden itu merupakan yang terbaru perbuatan merosak dan mencemarkan rumah-rumat ibadat sepanjang tiga minggu lalu, yang membabitkan 11 gereja, sebuah kuil Sikh, sebuah masjid dan dua surau. Serangan ini dipercayai ada kaitan dengan keputusan Mahkamah Tinggi pada 31 Disember lalu yang membenarkan bukan Islam menggunakan kalimah Allah sebagai terjemahaan untuk 'God'.

Menurut sumber PDRM, serangan keatas kedua-dua masjid itu didalanggi oleh kumpulan yang sama. Apa yang pasti, serangan kepala babi ini telah mencabar kesabaran umat Islam di negara ini. Diharapkan pihak berkuasa dapat mengambil tindakkan dan pemantauan yang lebih kerap di dirumah ibadat. Agar kejadian sebegini rupa tidak berlaku lagi.

Pada pandangan saya, serangan keatas rumah dibadat pasti dilakukan oleh mereka yang cuba untuk mengharu-harakan negara. Adakah serangan ke atas masjid, surau dan gareja didalangi oleh kumpulan yang sama? Biarkan polis menjalankan tugas mereka. Ketegasan mereka dalam menanggani isu ini diharapkan oleh seluruh rakyat Malaysia.

No comments:

Post a Comment