Wednesday, March 17, 2010

Final Exam Mood

Bermula 22/03/2010, peperiksaan akhir untuk semester 2 tahun akademik 2009/2010 akan bermula selama 2 minggu di Universiti Tenaga Nasional untuk kampus Bangi dan Muazam Shah. Kepada semua pelajar-pelajar degree, good luck in your final exam and all the best.

Monday, February 8, 2010

Kisah MB Perak

Mahkamah Tinggi sebentar tadi telah mengumumkan keputusan mereka siapakah menteri besar (MB) Perak yang sah. Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir telah kekal sebagai MB Perak yang sah dan keputusan ini dibuat sebulat suara oleh lima panel hakim yang mendengar kes ini. Ura-ura daripada sumber Pakatan Rakyat yang menyatakan Nizar akan kembali dilantik sebagai MB adalah spekulasi atau mainan psycologi oleh pihak Pakatan semata mata.

Disebalik keputusan Mahkamah Tinggi ini, rakyat masih juga tidak berpuas hati kerana tiga org calon bebas yang telah berpihak kepada BN sehingga menggulingkan pemerintahan Pakatan diundi oleh ribuan rakyat di tempat mereka dengan menggunakan logo dan bendera daripada PKR dan DAP. Sehingga membuatkan mereka menjadi YB seperti sekarang. Adakah mereka masih lagi mendapat tempat dihati rakyat untuk pilihanraya akan datang dengan menjadi calon bebas ataupun BN kelak??

Sebenarnya, mereka bertiga haruslah meletak jawatan sebagai ADUN dan kembali bertanding jika benar-benar mereka mendapat sokongan rakyat, seperti mana kata BN sehingga dapat menggulingkan pemerintahan Pakatan. Ini bukankah lebih adil dan tulus? Semuanya terletak pada budi bicara KDYMM Sultan Perak. Namun keadaan ketika ini tidak menampakkan pilihanraya di ketiga kawasan YB bebas itu. Kuasa mahkamah telah bersuara dan keputusannya berpihak kepada Dr Zambry. Sekalung tahniah kepada BN kerana usaha mereka merampas pemerintahan Perak berhasil. Kepada rakyat Perak, terimalah keputusan ini dengan penuh kegembiraan, kesabaran dan hikmah. Apa yang pasti, kuasa rakyat akan kembali bersuara pada PRU akan datang walaupun 3 tahun akan datang ini, kerajaan BN akan menjadikan Perak sebagai anak emas.

Gunakanlah kesempatan yang diberikan nanti dengan sebaik mungkin. Cuma, janganlah termakan budi. Sekalung tahniah sekali lagi kepada Dr Zambry. MB Perak.

Wednesday, January 27, 2010

Kepala Babi di Masjid

Negara digemparkan lagi dengan isu sensitiviti beragama. Semalam, dua lagi masjid iaitu Masjid Jumhuriyah, Taman Datuk Harun di Petaling Jaya dan Masjid Al-Imam Al-Tirmizi, Taman Seri Sentosa, Jalan Klang Lama menjadi sasaran. Kali ini, satu bungkusan plastik berisi kepala babi dan ditaburi wang kertas, sekeping wang RM1, RM5 dan RM10. Kesemunya bernilai kira-kira RM35 dijumpai di perkarangan masjid.

Insiden itu merupakan yang terbaru perbuatan merosak dan mencemarkan rumah-rumat ibadat sepanjang tiga minggu lalu, yang membabitkan 11 gereja, sebuah kuil Sikh, sebuah masjid dan dua surau. Serangan ini dipercayai ada kaitan dengan keputusan Mahkamah Tinggi pada 31 Disember lalu yang membenarkan bukan Islam menggunakan kalimah Allah sebagai terjemahaan untuk 'God'.

Menurut sumber PDRM, serangan keatas kedua-dua masjid itu didalanggi oleh kumpulan yang sama. Apa yang pasti, serangan kepala babi ini telah mencabar kesabaran umat Islam di negara ini. Diharapkan pihak berkuasa dapat mengambil tindakkan dan pemantauan yang lebih kerap di dirumah ibadat. Agar kejadian sebegini rupa tidak berlaku lagi.

Pada pandangan saya, serangan keatas rumah dibadat pasti dilakukan oleh mereka yang cuba untuk mengharu-harakan negara. Adakah serangan ke atas masjid, surau dan gareja didalangi oleh kumpulan yang sama? Biarkan polis menjalankan tugas mereka. Ketegasan mereka dalam menanggani isu ini diharapkan oleh seluruh rakyat Malaysia.

Tuesday, January 26, 2010

DUN Perak akan dibubarkan?

9 Februari ini, Mahkamah Persekutuan akan mengumumkan siapakah MB Perak yg sah. Sama ada Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir ataupun Datuk Seri Ir Nizar Jamaludin. Ura-ura pembubaran DUN Perak semakin hangat diperkatakan sekarang kerana menurut sumber, empat daripada lima hakim yang mendengar kes ini, tidak berganjak dengan keputusan mereka berpihak kepada Datuk Seri Nizar.

Berikut adalah berita terkini yang dipetik dari blog cina islam;


10 Safar 1431H


PAS Perak hari ini menggesa seluruh rakyat negeri itu bersiap siaga menghadapi kemungkinan berlakunya pilihanraya semula berikutan desas-desus yang bertiup kencang akan berlakunya pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN).

Pesuruhjaya PAS Perak, Abu Bakar Hussain, ketika mengulas isu itu turut menggesa seluruh rakyat khususnya mahasiswa dan anak muda yang masih belum mendaftar untuk segera berbuat demikian bagi memastikan mereka tidak terkecuali dalam membuang undi sekiranya pilihanraya berkenaan benar-benar berlaku

"Saya dengan ini merayu dan menggesa seluruh mahasiswa, belia dan mana-mana golongan rakyat di negeri ini (Perak) yang belum mendaftar sebagai pemilih untuk berbuat demikian secepat mungkin.

Ini kerana jika DUN dibubarkan, kita tidak mahu mereka yang layak mengundi tidak dapat berbuat demikian disebabkan kelewatan mereka untuk mendaftar" jelas beliau.

"Oleh itu sebagai anak muda, kita perlu sedar akan peranan dan suara kita yang sangat berkuasa dalam menentukan jatuh bangunnya sesebuah kerajaan" tambahnya lagi.

Dalam pada itu, beliau juga berharap agar konflik yang berlaku di Perak selama ini akan terlerai dengan pembubaran DUN demi menjamin kestabilan politik dan pembangunan di Perak.

"Apa yang lebih penting bagi kita adalah apabila mandat diserahkan semula kepada rakyat melalui pilihanraya, kestabilan politik di Perak akan dapat dikembalikan demi menjana pembangunan dan ekonomi yang mapan" jelas beliau seperti kenyataannya yang diterbitkan dalam Malaysiakini..

Apa itu makna derhaka kepada Raja?

Mengambil contoh peristiwa yang telah berlaku di negeri Perak. Negeri yang banyak mengimbau 1001 kenangan dalam hidup saya. Hampir 17 tahun saya menetap di Taiping sebelum berpindah ke Kuantan, Pahang.

Berbalik kepada tajuk utama, Datuk Seri Ir. Nizar Jamaludin telah mencipta ungkapan yang akan menjadi klasik dan akan menjadi renungan. Ia bertali-tali dalam SMS, diulang sebut dalam Facebook dan lain-lain wahana. Apa yang berlaku adalah proses perundingan dan pentakrifan kolektif budaya politik Melayu.

Dahulu, Datuk Seri Nizar dititah undur sebagai menteri besar dan menteri besar itu "menyembah mohon derhaka," satu ungkapan yang oxymoron kerana pantang Melayu menderhaka kepada raja. Derhaka dalam erti kata yang mudah adalah tidak patuh kepada raja. Dalam konteks sistem politik dimana sultan memiliki kuasa mutlak derhaka adalah satu perlanggaran yang berat.

Tetapi kita tidak hidup dizaman rex non potest peccare - raja tidak melakukan kesalahan, titah raja adalah hukum dan sentiasa benar. Tetapi kini raja diikat oleh perlembagaan. Datuk Seri Nizar melakukan sesuatu yang terdapat dalam peruntukan perlembagaan, negeri Perak, perlembagaan yang sama mengikat Sultan Perak. Maka beliau tidak derhaka. Tetapi beliau bercakap dengan Sultan, maka laras bahasanya perlulah mengikut bahasa pertuturan rakyat bercakap dengan Sultan.

Namun betulkah pantang Melayu menderhaka kepada raja?Tun Perak melakukan tindakan yang menderhaka kerana tidak membunuh Hang Tuah seperti yang diarahkan oleh sultan. Hang Tuah difitnah melakukan hubungan sulit dengan salah seorang gundik raja dan bendahara tersebut tahu laksamana itu tidak bersalah dan beliau tahu yang salah adalah sultan yang menjatuhkan hukuman tanpa usul periksa. Tindakan bendahara menyembunyikan Hang Tuah tidak diketahui sultan sehinggalah baginda memerlukan laksamana tersebut untuk menewaskan Hang Jebat. Sekiranya sultan tahu bendahara tidak melaksanakan hukuman mati tersebut sebelum Hang Jebat memberontak sudah pasti bendahara akan diistihar derhaka dan dihukum mati.

Tetapi tradisi persuratan Melayu tidak mencemoh Tun Perak sebagai derhaka. Bahkan beliau melihat keingkarannya kepada perintah sultan sebagai satu tindakan yang berani dan adil. Berani kerana melakukan sesuatu yang boleh menggadai nyawanya sendiri, dan adil kerana tidak bersekongkol dengan kesilapan dan kezaliman yang dilakukan oleh sultan. Tetapi Tun Perak hidup dizamannya dan dalam sistem zaman itu.